Abd Rahman, Rozana (2003) Penghasilan modul pembelajaran kendiri (MPK) berbantukan komputer bagi mata pelajaran perakaunan kewangan di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p ROZANA ABD RAHMAN.pdf Download (613kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
ROZANA ABD RAHMAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (305kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
ROZANA ABD RAHMAN WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (23MB) | Request a copy |
Abstract
Matlamat kajian ini adalah untuk menghasilkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) berbantukan komputer bagi mata pelajaran Perakaunan Kewangan. MPK dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point 2000. Kajian ini meninjau tanggapan pelajar terhadap MPK dari segi isi kandungan yang mencukupi, persembahan pengajaran yang memenuhi konsep kendiri dan kesesuaiannya sebagai sumber rujukan kepada pelajar. Seramai 90 orang responden yang terdiri daripada para pelajar Diploma Perakaunan dan Pemasaran, semester dua Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) telah terlibat di dalam kajian ini. Semua data dikumpul menggunakan soal selidik untuk pelajar dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan bilangan, peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar bersetuju MPK yang dihasilkan dapat memudahkan proses pembelajaran kerana ia cukup dari segi isi kandungan dan mempunyai elemen-elemen persembahan pengajaran yang memenuhi konsep pembelajaran kendiri. Hasil kajian juga mendapati para pelajar sangat bersetuju bahawa MPK yang dihasilkan sesuai dijadikan sumber rujukan. Oleh itu, beberapa cadangan telah dinyatakan di dalam kajian ini bagi meningkatkan kualiti MPK seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 02 Aug 2023 03:43 |
Last Modified: | 02 Aug 2023 03:43 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9516 |
Actions (login required)
View Item |