Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer untuk mata pelajaran sistem elektronik 1 di politeknik

Baharin, Mohd Norbi (2003) Kebolehgunaan pembelajaran berbantu komputer untuk mata pelajaran sistem elektronik 1 di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p MOHD NORBI BAHARIN.pdf

Download (1MB)
[img] Text (Full Text)
MOHD NORBI BAHARIN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (30MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap kebolehgunaan Pembeiajaran Berbantu Komputer (PBK) untuk membantu proses pembeiajaran bagi mata pelajaran Sistem Elektronik 1 di politeknik. Satu perisian kursus PBK telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware 6.5, Macromedia Flash MX dan Adobe Photoshop. Kajian ini meninjau persepsi pelajar daripada aspek penerimaan mereka terhadap kaedah PBK, aspek kemudahan dalam pembeiajaran, aspek kemahiran penyelesaian masalah dan aspek memotivasikan pelajar melalui kaedah PBK. Seramai 36 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester satu Sijil Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ungku Omar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data daripada responden. Data dikumpulkan dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0 bagi mendapatkan nilai peratusan dan skor min. Dapatan kajian menunjukkan kebolehgunaan perisian kursus yang dibangunkan boleh membantu pelajar dalam proses pembeiajaran berdasarkan purata min keseluruhan bagi setiap persoalan kajian iaitu aspek penerimaan pelajar terhadap PBK (4.09), aspek memudahkan pembeiajaran pelajar (4.07), aspek memberi kemahiran penyelesaian masalah (3.99) dan aspek memotivasikan pelajar melalui kaedah PBK (3.90). Hasil kajian menunjukkan penerimaan pelajar terhadap perisian kursus yang dibangunkan dan kaedah pembeiajaran yang digunakan adalah baik kerana boleh digunakan untuk membantu pembeiajaran mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Aug 2023 03:49
Last Modified: 02 Aug 2023 03:49
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9550

Actions (login required)

View Item View Item