Pembangunan bahan pembelajaran: modul pembelajaran berasaskan komputer bagi keperluan mata pelajaran litar AU di kolej komuniti

Hashim, Hasmaini (2003) Pembangunan bahan pembelajaran: modul pembelajaran berasaskan komputer bagi keperluan mata pelajaran litar AU di kolej komuniti. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p HASMAINI HASHIM.pdf

Download (6MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
HASMAINI HASHIM COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HASMAINI HASHIM WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (82MB) | Request a copy

Abstract

Pemilihan dan penggunaan kaedah pembelajaran yang sesuai merupakan prinsip asas sesuatu pembelajaran yang berkesan. Penghasilan bahan pembelajaran berasaskan komputer merupakan salah satu kaedah penerbitan modul pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesesuaian Modul Pembelajaran Berasaskan Komputer (MPBK) bagi keperluan mata pelajaran Litar AU dalam tajuk Penghasilan AU terhadap pelajar Semester Satu Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti. Aspek yang dikaji adalah meliputi kesahan isi kandungan, rekabentuk MPBK Litar AU dan persepsi pelajar mengenai penguasaan isi kandungan, pembelajaran dan motivasi. Kajian ini dilakukan ke atas 60 orang pelajar yang mengikuti Kursus Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Seorang pensyarah pakar yang mengajar mata pelajaran Litar AU dipilih sebagai penilai. Hasil kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa isi kandungan dan rekabentuk MPBK Litar AU yang digunakan adalah menepati keperluan sukatan pelajaran. Selain itu ia dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar terhadap isi kandungan, pembelajaran dan motivasi. Ini bermakna, MPBK Litar AU yang dihasilkan membantu proses pembelajaran secara berkesan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Aug 2023 03:50
Last Modified: 02 Aug 2023 03:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9564

Actions (login required)

View Item View Item