Zamri, Norman (2003) Pembangunan cakera padat (CD) modul pembelajaran kendiri (MPK) undang-undang kontrak bagi kegunaan pelajar jabatan perdagangan di Politeknik Seberang Perai. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p NORMAN ZAMRI.pdf Download (5MB) |
|
Text (Copyright Declaration)
NORMAN ZAMRI COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
NORMAN ZAMRI WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (39MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) dalam bentuk cakera padat (CD), yang digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Seberang Perai, bagi subjek Undang-Undang Komersan. CD MPK yang dibangunkan tertumpu kepada bab Undang- Undang Kontrak sahaja. CD MPK ini dibangunkan bagi membantu pelajar di dalam memahami subjek yang dipenuhi dengan fakta dan kes undang-undang. Selain itu, pelajar dapat mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka dengan menggunakan CD MPK ini. Perisian ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint sebagai platform utama, manakala perisian Macromedia Flash MX sebagai pengisian terhadap platform utama produk yang dibangunkan ini. Kajian ini melihat kepada kebolehlaksanaan CD MPK dari aspek kesahan isi kandungan, mesra pengguna, ciri animasi dan multimedia serta aktiviti pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau samada wujud perbezaan pencapaian markah pelajar sebelum dan selepas menggunakan CD MPK. Responden terdiri daripada 41 orang pelajar semester 4, jurusan Sijil Penyimpanan Kira di Politeknik Seberang Perai. Kaedah kuantitatif digunakan bagi menganalisis data daripada borang soal selidik dan item ujian menggunakan perisian SPSS 11.5 for Windows. Pengkaji mendapati, CD MPK yang dibangunkan mempunyai tahap kebolehlaksanaan yang positif serta memberi kesan penggunaan yang baik kepada pelajar. Keseluruhannya, CD MPK yang dibangunkan berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan bantu pembelajaran bagi pelajar dalam bab Undang-Undang Kontrak
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 16 Aug 2023 07:09 |
Last Modified: | 16 Aug 2023 07:09 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9629 |
Actions (login required)
View Item |