Yusoff, Rosni (2003) Penghasilan e-modul dalam pembangunan kurikulum kajidaya bahan di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p ROSNI YUSOFF.pdf Download (625kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
ROSNI YUSOFF COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (297kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
ROSNI YUSOFF WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (23MB) | Request a copy |
Abstract
Kajidaya Bahan merupakan suatu subjek teras dalam bidang kejuruteraan Mekanikal. Faktor yang penting dalam memastikan bahawa pelajar benar-benar menguasai subjek ini adalah melalui teknik pengajaran dan pembelajaran yang terbaik. Antara teknik pengajaran dan pembelajaran yang terbaik adalah melalui media pengajaran yang berkesan kepada pelajar. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan media pengajaran bercorak CD-ROM atau yang dinamakan Modul Elektronik (E-Modul). Tumpuan kajian adalah terhadap rekabentuk E-Modul yang dihasilkan agar memudahkan kefahaman dan merubah sikap pelajar terhadap subjek ini. E-Modul yang dibangunkan menggunakan unsur grafik dan animasi yang membantu kefahaman pelajar untuk menguasai topik ini. Responden yang dipilih di dalam kajian ini adalah pelajar kursus diploma semester 3 dan kursus sijil semester 4 dalam bidang kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kota Bharu. Penilaian E-Modul dinilai dari sudut rekabentuk, sikap dan kefahaman pelajar setelah menggunakan EModul ini. Keputusan menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar memilih untuk bersetuju dengan penggunaan E-Modul yang dihasilkan dalam pembelajaran subjek ini. Skor min bagi mengkaji item kefahaman adalah 3.09, manakala 3.07 bersetuju bahawa rekabentuk ini adalah menarik dan 3.05 pelajar telah berubah sikap ke arah positif terhadap subjek ini.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 16 Aug 2023 07:09 |
Last Modified: | 16 Aug 2023 07:09 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9634 |
Actions (login required)
View Item |