Kajian amalan komunikasi berkesan di antara pendidik dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik-politeknik Semenanjung Malaysia dari persepsi pelajar

Abu Bakar, Rosliah (2003) Kajian amalan komunikasi berkesan di antara pendidik dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik-politeknik Semenanjung Malaysia dari persepsi pelajar. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p ROSLIAH ABU BAKAR.pdf

Download (2MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
ROSLIAH ABU BAKAR COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (298kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
ROSLIAH ABU BAKAR WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (52MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini beijudul "Amalan Komunikasi Berkesan Di Antara Pendidik Dengan Pelajar Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Politeknik-Politeknik Semenanjung Malaysia Dari Persepsi Pelajar" telah dijalankan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah (POLIMAS), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS). Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat amalan komunikasi berkesan pendidik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dari lima aspek utama iaitu, kefahaman, keseronokan, pengaruh ke atas sikap, memperbaiki hubungan dan tindakan susulan. Sampel telah dipilih secara rawak yang melibatkan pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Perhubungan). Sebanyak 135 orang responden telah dipilih daripada setiap Politeknik yang terlibat dan setelah penyemakan dibuat hanya 128 set yang sempurna dan boleh digunakan. Data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan disokong oleh temubual. Data diproses menggunakan perisian "Statistic Package for the Social Science version 10.0 (SPSS v 10.0) for windows. " Hasil dari dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa tahap amalan komunikasi di antara pendidik dan pelajar adalah berada di tahap sederhana. Analisa juga menunjukkan bahawa tahap amalan komunikasi berkesan adalah sama ke atas Politeknik-Politeknik yang dikaji. Akhir sekali, penyelidik telah membangunkan satu panduan iaitu Panduan Komunikasi Berelektronik hasil daripada maklumbalas dapatan kajian sebagai satu cadangan produk

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Sep 2023 07:23
Last Modified: 13 Sep 2023 07:23
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9824

Actions (login required)

View Item View Item