Mohd Khozam, Nur Fazliyah (2013) Penghasilan perisian multimedia interakteraktif dan kesesuaiannya sebagai alat dan Bahan Bantu Mengajar (ABBM) bagi Pelajar Pendidikan Khas Vokasional Kursus Pemasangan Motosikal. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Malaysia.
|
Text
24p NUR FAZLIYAH MOHD KHOZAM.pdf Download (184kB) | Preview |
|
Text (Full Text)
NUR FAZLIYAH MOHD KHOZAM WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan perisian multimedia dan mengenalpasti kesesuaiannya sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) bagi pelajar pendidikan khas vokasional melalui penerimaan dan tindakbalas mereka setelah menggunakan perisian multimedia ini, penilaian guru dan pakar bidang melalui temu bual dan soal selidik. Perisian multimedia ini dibangunkan dengan menggunakan konsep model ADDIE dan berdasarkan Modul Pemasangan Roda bagi Kursus Pemasangan Motosikal. Para pelajar pendidikan khas vokasional ini merupakan pelajar istimewa yang mempunyai masalah pendengaran dan masalah pembelajaran (learning disable )namun mereka mampu menggunakan perisian multimedia seperti pelajar normal yang lain dan pada masa yang sama mereka memiliki kemahiran membaca yang baik. Dapatan hasil kajian yang dianalisis menunjukkan penerimaan dan tindakbalas pelajar pendidikan khas ini adalah positif berdasarkan nilai keseluruhan skor min yang tinggi. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya mencapai objektifnya dan perisian multimedia merupakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk kegunaan pelajar pendidikan khas.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Divisions: | Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 31 Oct 2021 03:07 |
Last Modified: | 31 Oct 2021 03:07 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/2042 |
Actions (login required)
View Item |