Penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia

Esa, Ahmad (2007) Penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik bagi memenuhi keperluan industri di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img]
Preview
Text
24p AHMAD ESA.pdf

Download (1MB) | Preview
[img] Text (Copyright Declaration)
AHMAD ESA COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (219kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
AHMAD ESA WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (114MB) | Request a copy

Abstract

Kokurikulum merupakan satu daripada komponen yang penting dalam pembangunan kurikulum di mana antara peranannya ialah mensosialisasikan, membina semangat cintakan negara dan membangunkan potensi diri di kalangan pelajar. Namun begitu, belum ada kajian berkaitan peranan kokurikulum dalam membangunkan pekerja yang berpotensi di industri. Satu daripada indikator potensi kebolehpasaran ialah menguasai kemahiran generik. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti sama ada kokurikulum yang dilaksanakan di politeknik Malaysia, menerapkan kemahiran generik bagi menyediakan pelajar sebagai bakal pekerja yang berpotensi memenuhi keperluan pihak industri di Malaysia. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif. Data diperoleh menerusi tiga instrumen iaitu soa\ selidik, protoko\ temu bual dan jadual pemerhatian. Responden dipilih dalam kalangan pihak industri, pensyarah, pelajar dan graduan politeknik. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran generik secara signifikan telah berjaya diterapkan menerusi kokurikulum di politeknik. Dapatan juga menunjukkan graduan yang berkemahiran generik ada\ah diperlukan oleh pihak industri di Malaysia. Namun begitu, dapatan kajian telah mengenal pasti tahap penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum masih rendah secara relatif dengan tahap keperluan kemahiran generik oleh pihak industri. Di samping itu, terdapat kesilapan padanan secara relatif antara fokus utama penerapan kemahiran generik menerusi kokurikulum di politeknik dengan keperluan utama kemahiran generik di industri. Oleh itu, beberapa cadangan te\ah dikemukakan untuk menangani masalah tersebut. Antaranya ialah mempelbagaikan lagi jenis kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar, menerapkan kemahiran penyelesaian masalah dan membuat keputusan sebagai kemahiran utama yang dibangunkan menerusi kokurikulum termasuklahjuga mewujudkan sistem penghargaan dan penganugerahan oleh institusi kepada pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education > LC1041-1048 Vocational education (General)
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Jul 2022 07:27
Last Modified: 03 Jul 2022 07:27
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7274

Actions (login required)

View Item View Item