Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes

Mohd. Hashim, Mohamad Hisyam (2006) Interaksi dalam sistem pengurusan pembelajaran: satu kajian kes. Doctoral thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[img]
Preview
Text
24p MOHAMAD HISYAM MOHD. HASHIM.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau Learning Management System (LMS) adalah salah satu sistem berasaskan web yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam talian. SPP telah lama digunakan di universiti dan kolej di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia. Di Malaysia, terdapat beberapa universiti dan kolej universiti telah mula menggunakan SPP. Terdapat lebih sembilan puluh (90) jenis SPP telah dibangunkan di dalam dan di luar negara. Antara jenis sistem yang dibangunkan dalam negara adalah myLMS di OUM dan MyGURU di UPSI. Antara jenis sistem yang dibangunkan di luar negara adalah WebCT (Web Course Tools), Blackboard, Lotus Learning Space, Top Class, Boniva, bvLMS, CourseMill dan Evaluation Learner Manager. Universiti-universiti di Malaysia yang sedang atau pernah menggunakan WebCT adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan beberapa universiti dan kolej universiti awam dan swasta. Sistem Pengurusan Blackboard sedang digunakan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dan Lotus Learning Space digunakan di Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka, memahami dan menjelaskan fenomena interaksi dalam SPP oleh pensyarah dan pelajar di KUiTTHO sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif, strategi penyelidikan kajian kes dan analisis statistik. Secara umumnya, dapatan kajian menunjukkan terdapat isu utama yang timbul, iaitu kurangnya interaksi oleh pensyarah dengan alatan-alatan dalam SPP setelah 5 tahun berfungsi. Pensyarah dan pelajar tidak berinteraksi dengan semua alatan yang disediakan SPP. Terdapat pelbagai alatan dalam SPP yang boleh diinteraksi oleh pensyarah dan pelajar. Walau bagaimanapun, interaksi hanya aktif berlaku dengan alatan Papan Perbincangan, alatan Kawasan Kandungan dan alatan Pengumuman. Terdapat perbezaan keaktifan berinteraksi dengan alatan-alatan yang diinteraksi. Alatan Kawasan Kandungan membantu pensyarah menyampaikan bahan pengajaran dan pembelajaran. Manakala alatan Pengumuman membantu pensyarah menyampaikan maklumat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keaktifan berinteraksi tidak menggambarkan peningkatan pencapaian pelajar tetapi penting kerana merupakan titik permulaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kandungan yang dibincangkan dalam Papan Perbincangan tidak membantu proses pengajaran dan pembelajaran kerana tidak berkaitan dengan subjek yang dibincangkan. KUiTTHO mempunyai organisasinya sendiri mentadbir dan melaksanakan SPP. Dapatan kajian juga menunjukkan, pensyarah tidak atau kurang berinteraksi dengan alatan dalam SPP disebabkan oleh kemudahan, masa, kefahaman dan kemahiran, polisi dan peraturan, keaktifan pensyarah dan minat. Komponen tersebut dinamakan ciri-ciri inovasi interaksi dan interaktiviti pensyarah dalam SPP. Manakala pelajar tidak atau kurang berinteraksi dengan alatan dalam SPP disebabkan oleh strategi instruksional dalam talian, masa, kemudahan, kandungan, keaktifan pelajar, kefahaman dan kemahiran serta minat. Komponen tersebut dinamakan ciri-ciri inovasi interaksi dan interaktiviti pelajar dalam SPP. Pelaksanaan pembelajaran dalam talian di IPT sebagai strategi instruksional bukan suatu perkara yang mudah dan perlu difikirkan dengan mendalam jika sesebuah EPT ingin melaksanakan SPP. Interpretasi hasil pemahaman ke atas keseluruhan dapatan kajian, kajian literatur dan pengalaman ketika berada di lapangan kajian membolehkan penyelidik membentuk satu kerangka konseptual pembelajaran dalam talian yang dikenali sebagai Kontinum Interaksi Pembelajaran Dalam Talian (KIPAT) atau Online Learning Interaction Continuum (OLIC).

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 21 Jul 2022 04:07
Last Modified: 21 Jul 2022 04:07
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7344

Actions (login required)

View Item View Item