Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah terhadap pengurusan makmal di politeknik

Mohd Noh, Norasyidah (2008) Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah terhadap pengurusan makmal di politeknik. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p NORASYIDAH MOHD NOH.pdf

Download (692kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NORASYIDAH MOHD NOH COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (282kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NORASYIDAH MOHD NOH WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (30MB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah terhadap pengurusan makmal serta mengenalpasti tahap penguasaan mengikut jantina dan pengalaman menjadi penyelia makmal. Rasional kajian ini dilakukan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti pengurusan makmal bagi melancarkan lagi operasi penggunaan makmal. Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 48 orang pensyarah yang menjadi penyelia makmal dan bengkel kejuruteraan mekanikal. Tiga buah politeknik dipilih iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Merlimau. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik dan temu bual tak berstruktur. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Versi 15.0. Kaedah analisis data bagi menjalankan kajian ini ialah statistik deskriptif (skor min) dan inferensi (Ujian-t dan ANOVA). Hasil yang diperolehi mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran insaniah pensyarah dalam pengurusan makmal yang terangkum pengurusan bahan, perolehan dan susun atur makmal adalah tinggi. Disamping itu, hasil analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran insaniah antara pensyarah lelaki dan wanita. Manakala analisis terakhir mendapati bahawa terdapat perkaitan yang signifikan bagi tempoh pengalaman menjadi penyelia makmal terhadap tahap penguasaan kemahiran insaniah pensyarah.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
L Education > LC Special aspects of education > LC980-1099.5 Types of education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 18 Jun 2023 01:39
Last Modified: 18 Jun 2023 01:39
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9000

Actions (login required)

View Item View Item