Korelasi antara kekerapan penggunaan teknologi di kalangan pensyarah dan tenaga pengajar kejuruteraan terhadap pencapaian pelajar bumiputra yang berisiko di KUiTHHO

Mohammed Khalid, Sulaiman (2001) Korelasi antara kekerapan penggunaan teknologi di kalangan pensyarah dan tenaga pengajar kejuruteraan terhadap pencapaian pelajar bumiputra yang berisiko di KUiTHHO. Masters thesis, Institut Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p SULAIMAN MOHAMMED KHALID.pdf

Download (762kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
SULAIMAN MOHAMMED KHALID COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (368kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
SULAIMAN MOHAMMED KHALID WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (25MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji korelasi antara dimensi Kesedaran, Amalan, Kemahiran dan Sokongan pensyarah dan tenaga pengajar Fakulti Kejuruteraan, KUiTTHO terhadap penggunaan ATP dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ATP dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai faktor yang boleh meningkatkan prestasi pencapaian akademik calon-calon jurutera yang dilatih di KUiTTHO. Pencapaian akademik pelajar yang lemah, dengan kata lain dikategorikan sebagai pelajar berstatus risiko. Pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai berisiko dalam akademik ini juga berisiko untuk pekeijaan yang baik apabila tamat kelak. Hasil kajian menunjukkan hubungan yang lemah antara keempat-empat dimensi Kesedaran, Amalan, Kemahiran dan Sokongan dengan penggunaan ATP oleh pensyarah dan tenaga pengajar di KUiTTHO. Hubungan yang lemah ini mengambarkan tahap penggunaan ATP yang tidak serius dan intensif oleh pensyarah dan tenaga pengajar dalam kuliah yang dikendalikan bagi mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan yang seterusnya diharapkan akan menaikkan prestasi kecemerlangan akademik calon-calon jurutera tersebut. Sokongan daripada pihak Jabatan, Fakulti dan KUiTTHO juga tidak begitu menggalakkan dalam memberi penekanan terhadap penggunaan ATP oleh pensyarah dan tenaga pengajar dalam kuliah yang dikendalikan bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 03 Jul 2023 08:14
Last Modified: 03 Jul 2023 08:14
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9181

Actions (login required)

View Item View Item