Md. Diah, Noorasmahwati (2008) Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar kejuruteraan di politeknik. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Text
24p NOORASMAHWATI MD. DIAH.pdf Download (958kB) |
|
Text (Copyright Declaration)
NOORASMAHWATI MD. DIAH COPYRIGHT DECLARATION.pdf Restricted to Repository staff only Download (201kB) | Request a copy |
|
Text (Full Text)
NOORASMAHWATI MD. DIAH WATERMARK.pdf Restricted to Registered users only Download (28MB) | Request a copy |
Abstract
Kemahiran komunikasi adalah salah satu kemahiran yang amat penting dalam kehidupan terutama dalam dunia pekerjaan. Para majikan pada masa kini pula telah meletakkan kemahiran berkomunikasi sebagi salah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh para pekerja. Namun begitu, senario graduan menganggur disebabkan kurang kemahiran bukan teknikal seterusnya tidak dapat memenuhi kehendak majikan masih tetap berlaku. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar serta hubungannya dengan faktor keyakinan diri dan jantina. Seramai 257 orang pelajar diploma kejuruteraan semester akhir telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini dari dua buah politeknik iaitu Politeknik Merlimau ( PMM) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB). Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan indeks kebolehpercayaan 0.8839. Data dianalisis secara statistik deskriptif (seperti skor min, sisihan piawai dan peratusan) dan statistik inferensi (Analisis Ujian- T Tidak Bersandar, dan Analisis Korelasi Pearsons) dengan menggunakan perisian Statistic Package of Social Science (SPSS versi 11.5). Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan tahap keyakinan diri pelajar, tahap penguasaan kemahiran komunikasi serta persepsi pelajar terhadap penerapan kemahiran komunikasi oleh pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara keseluruhannya adalah tinggi. Selain itu, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemahiran komunikasi di antara jantina. Manakala terdapat perkaitan iaitu hubungan positif yang kuat antara keyakinan diri pelajar dengan penguasaan kemahiran komunikasi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat harus memberi perhatian dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk terus membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice) |
Depositing User: | Mrs. Sabarina Che Mat |
Date Deposited: | 31 Jul 2023 07:03 |
Last Modified: | 31 Jul 2023 07:03 |
URI: | http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9504 |
Actions (login required)
View Item |