Penghasilan modul pembelajaran berkomputer (MPB) "air bekalan: proses pembersihan air" bagi Pelajar Kejuruteraan Awam di KUiTTHO

Mohamad, Hazilah (2004) Penghasilan modul pembelajaran berkomputer (MPB) "air bekalan: proses pembersihan air" bagi Pelajar Kejuruteraan Awam di KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p HAZILAH MOHAMAD.pdf

Download (737kB)
[img] Text (Copyright Declaration)
HAZILAH MOHAMAD COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (375kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
HAZILAH MOHAMAD WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (20MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dibuat adalah untuk menghasilkan Modul Pembelajaran Berkomputer (MPB) 'Air Bekalan: Proses Pembersihan Air' bagi pelajar Kejuruteraan Awam di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. MPB ini dihasilkan dengan menggunakan perisian Microsoft Power PomtXP dan fokus utama kajian ini merangkumi tiga persoalan kajian yang dinyatakan iaitu penerimaan pelajar terhadap MPB yang dihasilkan, kesesuaian isi kandungan MPB dan kesesuaian interaktif MPB dapat membantu meningkatkan minat pelajar. Seramai 40 orang pelajar yang mengambil subjek Teknologi Persekitaran dipilih menjadi responden untuk mendapatkan maklum balas terhadap kajian ini. Maklum balas melalui soal selidik pelajar telah dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2000 dan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Hasil kajian mendapati bahawa maklum balas adalah positif terhadap faktor-faktor yang telah dikaji. Ini berkemungkinan gabungan modul dan video mengenai proses pembersihan air yang disertakan di dalam cakera padat (CD) dapat diterima oleh pelajar. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, skor min bagi penerimaan pelajar terhadap MPB adalah 3.94, skor min bagi kesesuaian isi kandungan MPB adalah 3.96 dan kesesuaian interaktif MPB dalam meningkatkan minat pelajar adalah 3.93. Ketiga-tiga item yang dinyatakan berada pada skor min tahap tinggi. Beberapa cadangan juga turut dikemukakan bagi mempertingkatkan lagi kecekapan MPB melalui pembangunan perisian yang lebih mantap di masa hadapan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 02 Aug 2023 03:50
Last Modified: 02 Aug 2023 03:50
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9566

Actions (login required)

View Item View Item