Keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi tajuk akaun penamat dan kunci kira-kira mata pelajaran perakaunan awalan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Jitra Kedah

Nayan, Nirwani (2003) Keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri bagi tajuk akaun penamat dan kunci kira-kira mata pelajaran perakaunan awalan di Politeknik Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Jitra Kedah. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.

[img] Text
24p NIRWANI NAYAN.pdf

Download (4MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
NIRWANI NAYAN COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (284kB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
NIRWANI NAYAN WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (80MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini menggunakan modul pembelajaran kendiri sebagai penilaian terhadap gaya pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap modul pembelajaran, mengetahui kewujudan peningkatan keberkesanan pembelajaran dalam kelas, mengetahui suasana sebenar menggunakan modul dan mendapatkan maklum balas pensyarah terhadap modul yang dihasilkan. Kajian akan dijalankan ke atas para pelajar diploma Akauntansi daripada Politeknik Muad'zam Shah. Responden terdiri daripada 31 orang pelajar semester 1 yang sedang mengikuti mata pelajaran Perakaunan Awalan (P 101) pada sesi 2003/2004. Kajian ini akan melaporkan hasil kajian yang diperolehi dalam mata pelajaran ini dibawah tajuk Akaun Penamat Dan Kunci Kira-Kira. Penilaian modul ini dilakukan ke atas pelajar dan pensyarah dengan menggunakan kaedah borang soal selidik, pemerhatian, teknik pengujian dan temu bual. Dua pendekatan digunakan untuk mendapatkan data iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk menganalisis data bagi mendapatkan persepsi pelajar terhadap modul pembelajaran ini. Sementara itu, teknik pengujian bagi pra-ujian dan pos-ujian dilakukan untuk menguji kefahaman dan penguasaan pembelajaran pelajar berdasarkan skor markah yang diperolehi. Manakala pendekatan kualitatif pula digunakan untuk mendapatkan data melalui pemerhatian dan temu bual. Dapatan kajian akan menunjukkan maklum balas daripada pelajar dan pensyarah terhadap keberkesanan penggunaan modul pembelajaran kendiri yang akan dihasilkan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 16 Aug 2023 07:09
Last Modified: 16 Aug 2023 07:09
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9625

Actions (login required)

View Item View Item