Kesediaan guru sekolah menengah mengamalkan pengajaran abad ke-21

Mohd Yusof, Mohd Fahmi (2016) Kesediaan guru sekolah menengah mengamalkan pengajaran abad ke-21. Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

[img] Text
24p MOHD FAHMI MOHD YUSOF.pdf

Download (24MB)
[img] Text (Copyright Declaration)
MOHD FAHMI MOHD YUSOF COPYRIGHT DECLARATION.pdf
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy
[img] Text (Full Text)
MOHD FAHMI MOHD YUSOF WATERMARK.pdf
Restricted to Registered users only

Download (117MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan pada Abad ke-21 menuntut setiap guru dan pelajar menguasai pelbagai bidang ilmu untuk bersaing dengan ledakan teknologi dan cabaran dalam era globalisasi. Walaupun proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses hakiki bagi seorang guru, namun cabaran di dalam abad ke-21 tidak boleh dipandang sepi. Ledakan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan memerlukan guru-guru turut sama menguasainya sama ada dengan rela atau terpaksa. K.ajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru mengamalkan Pengajaran Abad Ke-21 di SMK Dato' Sri Amar Diraja, Muar dari aspek literasi, kemahiran dan sikap. Selanjutnya, mengenal pasti perbezaan kesediaan guru mengamalkan Pengajaran Abad Ke-21 berdasarkan jantina dan bidang mata pelajaran. Kajian ini melibatkan 70 orang guru yang mengajar di sekolah ini. Sebanyak 4 bidang mata pelajaran yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan soal selidik berskala Likert lima mata sebagai instrumen kajian. Instrumen ini mengandungi 2 item berkaitan demografi dan 54 item berdasarkan literasi, kemahiran dan sikap. Kajian rintis yang melibatkan 10 orang guru dilaksanakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages of Social Sciences 16.0 untuk mendapatkan peratusan, min dan sisihan piawai bagi kesediaan guru mengamalkan Pengajaran Abad Ke-21. Ujian-t sampel tidak bersandar pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kes

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Divisions: Faculty of Technical and Vocational Education > Department of Vocational Education
Depositing User: Mrs. Sabarina Che Mat
Date Deposited: 13 Sep 2023 07:32
Last Modified: 13 Sep 2023 07:32
URI: http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9955

Actions (login required)

View Item View Item